Hai korang, bau-baru ni ku baru jejak bumi Mesir. Kenapa aku pergi Mesir? Sebab aku kagum sangat dengan segala keajaiban yang ada di sana. Pelbagai jenis monumen yang aku tahu dari kecil, akhirnya dapat juga tengok dengan mata sendiri.

 

Pertama sekali, aku pergi ke Piramid Giza dan Sphinx. Tak lengkap rasanya kalau datang ke Mesir tanpa melawat struktur ikonik ni. Bayangkan, aku berdiri di depan piramid yang dah wujud beribu tahun, rasa macam kembali ke zaman firaun. Dan Sphinx, wow, betul-betul misteri dan memukau. Asyik terfikir kenapa kepala manusia, badan singa hmm.

Lepas tu, aku singgah di Muzium Mesir di Kaherah. Dekat situ, aku tengok sendiri topeng emas Tutankhamun yang terkenal. Koleksi artifak kuno dia memang wow. Aku boleh habiskan berjam-jam kat muzium tu, cuba menghayati sejarah Mesir yang kaya.

 

Tak lupa juga, aku naik pelayaran di Sungai Nil. Serius, pemandangan sepanjang sungai tu memang cantik gila. Makan malam atas kapal sambil tengok matahari terbenam, memang pengalaman yang tak boleh dilupakan. Rasa tenang dan damai je.

 

Kalau korang ada peluang, pergilah ke Mesir. Keajaiban piramid, keindahan Sungai Nil, dan kekayaan budaya dia memang tak terkata. Serius, pengalaman aku di Mesir tu akan jadi cerita yang aku kongsi sampai bila-bila!