Cehh macam orang Korea tak cara opening tu, hahaha. Saya nak cerita ni, saya ada pergi bercuti ke Seoul dengan AmarTravel haritu, best betul pengalaman saya!
Tempat yang saya paling suka pergi semasa trip tu mestilah Myeongdong! Sebagai seorang yang suka shopping, banyak barang yang terjual dekat situ tau! Ada street food, baju murah murah, skin care dan kedai kpop merata! Kepada girls yang minat skincare tu, promosi Harga dekat sana sangat murah tau! Dapat borong pulak tu!
Namsan Tower tu pun tempat yang wajib pergi kalua first-timer dekat Seoul. Pemandangan dari atas sana, fuhh sangat menakjubkan, korang patut ambil gambar di setiap sudut. Di atas sana juga ada banyak heart-locks yang pengunjung beli dan lock di merata balcony Namsan Tower. Dari jauh ternampak cantik lock-lock tu.
Tak lupa juga dapat merasai pengalaman menjadi princess di Gyeongbok Palace! Sebelum kami ke istana tu, kami dibawa untuk menyewa hanbok tersendiri! Banyak pilihan warna dan design untuk dipilh! Jadi, dapatlah bergambar dengan cantik dekat Gyeongbok Palace tu. Betul-betul rasa dalam k-drama yang dulu dulu.
Jom lah join pakej AmarTravel! Confirm tak rugi punya. Semua kenangan yang manis-manis sahaja dengan kami. Kamsahamnida!
Comment (0)